"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Saturday 31 December 2011

2011 seribu satu ceritera

Januari

1 Januari : 

Berbeza dengan 3-4 tahun lepas, aku tidak lagi menyambut tahun baru di konsert-konsert terkemuka, melihat bunga api yang dibakar dentam dentum bunyinya. Melompat-lompat kegirangan dan melahirkan kata cinta setiap kali bunga api bersinar.  Cantiknya bunga api tu, lebih cantik lagi bait2 madah aku. Pasti Lisa tidak akan menerima lamaran Yusri!!  Sambutan di tahun baru hanya bermotosikal mengelilingi Kuala Lumpur.  Dengan geng-geng lain dari group-group motosikal berkuasa besar.  Memiliki ramai kawan baru dikalangan mereka yang mempunyai minat yang sama. Ada yang baik2 dan ada juga yang kurang siuman.

6 - 10 Januari : 
Business Trip to China

15 Januari : 
Kenduri kesyukuran buat insan tersayang Emelda Airisya sempena ulang tahun kelahirannya dan doa selamat utk kemajuan perniagaan The Red Studio, Aero Inspire dan Lite n Easy Vacation selepas Isyak di kampung halaman, Batu Pahat Johor. 

Februari

6 Februari :
Berada di Kangar untuk pendaftaran Lokman Azim ke MRSM Beseri


13 Februari :
Photo shoot Aero Inspire Engineering Sdn Bhd


14 Februari :
Tidak menyambut Hari Kekasih


19 Februari :
EuroVac masuk paper Utusan


Mac


4 Mac :
Kenduri Kesyukuran dan Perasmian Aero Inspire Engineering Sdn Bhd


18 Mac :
Aku meREJECT minah senget!!


19 Mac :
Bezday aku yang ke 29


21 Mac :
Berada di Sign Z, Singapore bagi urusan pembelian Mesin Mimaki


31 Mac :
Mesin Mimaki sudah berada di The Red Studio


April


19 April : 
Hari ini dalam sejarah, perbicaraan di Mahkamah Sepang atas kesalahan tiada roadtax dan insurans kenderaan 2 tahun lalu, 15 minit ditahan bersama penjenayah yang lain, kebebasan direntap! Tapi takkan la aku di kategorikan penjenayah..ampehhh...nasib baik tak kena ehemm2...awww..


23 April :
Azrai Ai Asari dan Zahari Kepet (EuroVac) telah tiba di Munich dengan jayanya..Cuaca tidak begitu sejuk, byk tempat yang bole diterokai, bertambah menarik EuroVac nih!! Mohon rakan2 mendoakan keselamatan mereka.


25 April - 5 May :
Berada di Eropah merentasi 9 buah negara dengan kenderaan motorhome dalam Program EuroVac


May 


5 May :
Selamat tiba di KLIA dari Munich, Germany


19 May :
EuroVac di dada akhbar


24 May :
Bersarapan pagi bersama Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka di Kediaman rasmi beliau,berbincang dan bertukar-tukar pendapat berkaitan halatuju pelancongan Negeri Melaka bersama Azrai Ai Asari dan Ikhmal Noorizan


29 May :
Menjadi pengapit pengantin hari ini di Majlis Persandingan Salehin & Zakiah, aku jadi pengapit?????

Jun

Bulan ini dikelilingi cerita2 fitnah dan aib2..fuhhh jauhkan terus la....

Julai

17 Julai :
Kemalangan maut di lebuhraya plus menghala ke selatan,exit serdang,sebuah wira aeroback, WDL 1542 membawa 8 penumpang, 2 lelaki, 3 wanita,3 kanak-kanak, confirm meninggal dunia, pemandu lelaki,baby perempuan usia 2 tahun, 3 parah teruk, saya antara yg terawal sampai di kawasan kejadian, saksi mengatakan mereka memandu laju dan berlumba,wallahualam...al-fatihah

30 Julai : 
EuroVac di  akbar the star 

31 Julai :
EuroVac di utusan malaysia

Ogos

3 Ogos :
EuroVac di Akhbar KOSMO

6 Ogos :
Berada di Jakarta bersama Bapak Donalds

31 Ogos :
Berhari Raya di Pulau Pinang.  First time beraya di rumah Ngah bersama parents

September

7 Sept :
Mak aku dah ada FB heheheh

9 Sept :
EuroVac trip ke 2 berjalan

13 Sept :
Photo Shoot EuroVac

25 Sept :
Saya dengan rasa rendah diri menjemput rakan-rakan untuk hadir ke Rumah Terbuka Fairus Mohd Tabiee di kediaman saya pada 25 September, Ahad 12 tghari - 4 ptg. Alamat No 30, Jalan 2/10, Taman Kajang Impian, Sek 7 Bandar Baru Bangi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi saya di talian 0123272920. Bolehlah memberi respon untuk membuat budget tempahan makanan. Jemput datang.....:)

26 Sept :
Berada di Sungai Petani, Kedah atas urusan Rakan Niaga EuroVac

Oktober 

3 Oct :
Berada di Europe.  EuroVac bersama TV9 (PrimeNetwork) akan mengadakan sesi penggambaran bagi Rancangan Safiyya 16 episod. Program EuroVac bakal ditayangkan di kaca televisyen pada Disember ini. Saksikan kemunculan EuroVac!!!

20 Oct :
Selamat sampai ke KLIA sepelas perjalanan jauh di Eropah

28 Oct :
EuroVac berada di Bandaraya Johor Bharu

November

13 Nov :
Saksikan kemunculan saya dan Team EuroVac dalam Rancangan Saffiya pada Ahad ini, 13 November 2011 jam 6 petang. Kami ingin kongsikan pengalaman mengembara di 9 buah negara Eropah dan mempromosikan produk pelancongan Negeri Melaka dengan kerjasama The Red Studio!!!

25 Nov :
EuroVac berada di Pulau Pangkor

Disember

27 Dis :
Kursus EuroVac kepada travel agensi

Aku pergi Kursus Kawin sekali lagi!!!!  :)

Thursday 29 December 2011



Cinta apakah tandanya
Jika egkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa kedalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja
koleksi lirik lagu

Gelora di dalam jiwa ku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu

Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja

Thursday 1 December 2011

Enoughlah..

Tak perlulah terus utk bercerita
Tak perlulah terus nak mencari musuh
Tak pelulah terus nak sibuk dgn life org
Tak perlulah terus nak rosakkan kebahagian org

Dulu-dulu org simpatilah
Dulu-dulu org kesihanlah
Dulu-dulu org percayalah
Dulu-dulu org ikut sedihlah

Lama-lama org bencilah
Lama-lama org menyampahlah
Lama-lama org tau yg ko busyukkk hatilah
Lama-lama org gelak je kat kolah

Sekarang org dah nampak ko poyolah
Sekarang org dah nampak ko perasan baguslah
Sekarang org dah nampak ko perasan cantiklah
Sekarang org dah nampak ko gedix n xposelah

Sbb tu lah ko xde BF
Sbb tu lah ada org pancitkan tayar kete ko
Sbb tu lah org takut nak kawan dgn ko
Sbb tu lah ko byk musuh

Tolonglah jgn bercerita lagi pasal aku
Tolonglah jgn gunakan gambar anak aku
Tolonglah jgn sibuk hal2 aku
Tolonglah sedar diri,ko bkan sapa2 dlm hidup aku

Aku malas lah nak bising-bising sbb aku ada akal
Aku malas lah nak sound sbb lebih baik aku wat keje aku
Aku malas lah nak cerita kat public siapa sebenarnya ko
Aku malas lah nak melayan org GILE

Keluarkan lah aku dari hidup ko
Keluarkan lah picture anak aku dari blog ko
Keluarkan lah semua cite2 pasal aku dari blog ko
Keluarkan lah semua apa yg ko dah tulis pasal aku

Jangan lah gunakan ayat2 Quran nak tunjuk ko bagus
Jangan lah gunakan agama nak tunjuk ko betul
Jangan lah gunakan penulisan ko utk bangkit kebencian org
Jangan lah gunakan fitnah untuk halalkan tindakan ko

Ko tak malu ke terus nak bercerita?
Ko tak malu ke tunjukkan sikap ko camni?
Ko tak malu ke hari2 menulis maki hamun org?
Ko tak malu ke hidup ko yg xboleh nak move on?

Kalu lah ko terus mcm ni, public akan tahu xde sapa nak kat ko
Kalu lah ko terus mcm ni, ada ke lelaki yg berani nak kawan dengan ko
Kalu lah ko terus mcm ni, mcmana lelaki nak menndekati ko
Kalu lah ko mcm nih, isshhh org bole value ko camner

Aku selalu doa ko bahagia
Aku selalu doa ko sedar
Aku selalu doa ko berubah
Aku selalu doa ko succes

Pasni ko akan cakap aku STALKER blog ko lah
Pasni ko akan cakap aku SIBOK baca blog ko lah
Pasni ko akan cakap aku nak amik tau HAL ko lah 
Pasni ko akan cakap ada orang sibuk life n blog ko lah

Aku xkan baca lah kalu aku xde dalam blog tu
Aku xkan baca lah kalu picca emelda xde dalam tu
Aku xkan baca lah kalu ko xburuk2kan hal org
Aku xkan baca lah kalu xde org yg sampaikan pic anak aku ada dalam tu

Dah lah, move on lah
Dah lah, dah abis kot cite kita
Dah lah, dah setahun kot cite kita
Dah lah, cari la org yg bole syg ko

Umur dah tua jgn mcm budak-budak lah
Umur dah tua kena matured lah
Umur dah tua jgn nak buruk2kan org lah
Umur dah tua kena berubah lah

Aku xmarah pun dgn ko
Aku xbenci pun ko
Aku xmemusuhi pun ko
Aku xheran pun ko camni

Mungkin ko xsedar tindakan ko salah
Mungkin ko xsedar ko ni SAIKO
Mungkin xde org nak nasihat ko
Mungkin mmg PERANGAI ko camni

Nasib baik lah aku sedar, bukan aku sorang yg ko bisingkan
Nasib baik lah aku sedar, semua EXBF ko mengalami nasib yg sama
Nasib baik aku sedar, ko kaki PUTAR ALAM
Nasib baik aku sedar, ko bukan orang yang aku CARI

Harap2 ko paham lah
Harap2 ko sedar lah
Harap2 ko berjaya lah
Harap2 ko dapat apa yg ko nak lah

Tuesday 29 November 2011

life

Ayah adalah KEBANGGAAN ku, 
Ibu adalah KASIH SAYANG ku, 
Emelda Airisya adalah AMANAT TUHAN ku, 
Keluarga adalah DORONGAN ku, 
Kerjaya adalah IMPIAN ku, 
kawan-kawan adalah KEHIDUPAN ku dan 
...................adalah CINTA HATI ku. 
(biarkan ia kosong beberapa waktu lagi)





Friday 25 November 2011

Umrah Mac 2012

Makin dekat tarikhnya, makin banyak dugaan tiba
Perkara yang dah diselesaikan 1-2 tahun yang lepas tetiba muncul balik
Tapi apa yang aku nak buat ni adalah ibadah
Sementara ada masa selesaikanlah satu-satu
Insyaallah semuanya seperti yang dirancang
Ya Allah terimalah kehadiran ku menjadi tetamuMu
Amin 

Moga Aku Diterima Menjadi Salah Seorang Dari Mereka

Thursday 24 November 2011

Utusan Malaysia : The Red Studio




ARKIB : 23/07/2010

Cekal usahakan perniagaan percetakan








Fairus Mohd. Tabiee, bersama kakitangannya di The Red Studio.


INGIN bergelar seorang usahawan bukanlah satu perkara mudah. Diri perlu dipersiapkan baik dari segi fizikal mahupun mental. Mereka yang menceburkan diri di dalam bidang perniagaan juga perlu sanggup menghadapi apa jua risiko.

Ini termasuklah risiko seperti mengalami 'gulung tikar', ditipu pelanggan ataupun pembekal, kekurangan modal dan sebagainya.


Walaupun bidang perniagaan mempuyai pasang surutnya, berbekalkan 'percaya bahawa rezeki ada di mana-mana', Fairus Mohd. Tabiee, 28, telah menceburkan diri dalam bidang itu sejak 2005.


Apa yang menarik mengenai anak kelahiran Batu Pahat, Johor, ini, tanpa berbekalkan sebarang pengalaman apatah lagi ilmu di dalam bidang perniagaan, beliau sanggup menongkah arus dalam usaha memuaskan kehendak hati sendiri.


Pelajar jurusan Perancangan Bandar dan Wilayah, dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu tidak mudah putus asa malah berani mengambil risiko dalam mengendalikan perniagaannya sehingga berjaya.
Menurut Fairus, minat dalam bidang perniagaan bermula semasa beliau menuntut di UiTM terutama setelah diberi kepercayaan untuk membekalkan barang-barang keperluan dalam menjayakan pelbagai aktiviti pelajar di UiTM seperti T-Shirt, tag nama, barangan cenderahati dan sebagainya.


Selepas tamat pengajian, Fairus telah cuba memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan dengan membuka kiosk di Alamanda, Putrajaya.


Ketika itu beliau menjual barangan perhiasan dalaman dan juga produk-produk cenderahati.
Di situlah bermulanya penerokaan beliau dalam mempelajari tentang selok-belok pengurusan perniagaan dan pada masa yang sama Fairus banyak dibimbing oleh rakan-rakan usahawan yang lebih berpengalaman.
Berbekalkan modal yang telah dikumpul hasil perniagaan kecil-kecilan di Alamanda, beliau bertekad untuk membuka sebuah perniagaan yang berkonsepkan percetakan.


Ternyata apa yang dilakukan oleh Fairus selama lima tahun lalu tidak sia-sia apabila kini beliau merupakan Pengarah di TRS Media Sdn. Bhd. (The Red Studio).








Ketika ditemui baru-baru ini, ternyata bapa kepada seorang cahaya mata itu tidak takut dengan apa yang telah dilakukannya kerana yakin ia mampu melaksanakannya.


''Terus terang saya katakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang perniagaan malah saya juga tidak mempunyai pengalaman bekerja sebelum ini.


''Jika saya tidak pernah bekerja, ini bermaksud saya tidak pernah mempunyai resume sekali gus tidak pernah menghadiri sebarang temuduga untuk sebarang jawatan.


''Bagaimanapun Alhamdulillah, perniagaan yang diusahakan hari ini semakin berkembang berkat doa dan sokongan keluarga dan kawan-kawan serta pelanggan The Red Studio,'' ujarnya ketika ditemui di premis syarikatnya di Bandar Baru Bangi.


Kini The Red Studio mampu menggaji sembilan orang pekerja dan turut memiliki lima buah mesin pencetak.
The Red Studio hari ini telah melangkah maju dalam aktiviti percetakan.


Daripada lakaran konsep, reka bentuk logo, penghasilan kad nama, kepala surat, risalah, buku, majalah, poster, bunting, kain rentang dan seterusnya ke produk-produk yang lebih besar seperti papan tanda nama, kertas dinding restoran, billboard, pelekat promosi pada bas, lori dan lain-lain kenderaan.


Malah kini The Red Studio sedang bergiat cergas dalam penghasilan ruang galeri di jabatan-jabatan kerajaan.
Walaupun sudah lima tahun beroperasi, dalam usaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggannya, menurut Fairus, beliau sentiasa membuat kajian terlebih dahulu sebelum menghasilkan reka bentuk yang dikehendaki pelanggan.


''Di sini kami amat mementingkan kepuasan hati pelanggan dan sebab itulah kami akan memberikan yang terbaik.
''Ini kerana perniagaan yang saya ceburi mempunyai ramai pesaing dan sebab itulah saya akan memastikan yang terbaik dari The Red Studio,'' tambahnya.


Namun Fairus mengakui, cabaran dalam menjalankan apa jua perniagaan pasti mempunyai pasang surutnya.
Segala-galanya menurut beliau memerlukan usaha berlipat ganda kerana untung atau rugi perniagaannya itu nanti terletak di tangannya sendiri.


Untuk itu, menurut Fairus, dia membohongi dirinya sendiri sekiranya memberitahu bahawa perniagaanya tidak pernah menghadapi sebarang masalah.


''Pastinya saya rasakan masalah yang timbul adalah satu cabaran yang akan membawa kita ke satu tahap yang lebih baik.


''Ia adalah satu proses yang pasti,'' ujarnya.


Mengenai strategi syarikatnya pada masa hadapan, katanya, selaku pengasas syarikat tersebut beliau perlu memastikan prestasinya sentiasa berada pada tahap sebenar, sejajar dengan matlamat untuk menjadi pemain dalam industri itu di peringkat global.


''Kerjaya ini adalah satu ibadah. Saya amat gembira jika satu hari nanti saya dapat memberi peluang kepada orang lain khususnya generasi muda untuk menceburi bidang ini di mana saya boleh berkongsi pengalaman dan kemahiran saya serta rahsia kejayaan The Red Studio.


''Mungkin saya akan menjadikan The Red Studio ini sebagai sebuah perniagaan francais satu hari nanti, Insyaallah,'' katanya.


Bagi mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan The Red Studio, anda boleh hubungi talian 03-89256878/03-89258878, layari laman web di www.theredstudio.com.my atau boleh datang terus ke No.7, Jalan 7/7C, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor (bersebelahan JPJ Bangi).

Wednesday 23 November 2011

Penulisan Abd. Halim Hadi dari acrossplanet.blogspot.com


Eurovac Trip


SELEPAS menikmati keindahan di kaki Banjaran Alps, perjalanan keluar dari tapak perkhemahan di Alpencamping, Austria disambut dengan hamparan padang rumput yang dipenuhi bunga-bunga liar pelbagai warna.Pemandangan 'countryside' yang cukup memukau itu mengingatkan penulis kepada babak di dalam filem The Sound of Music. Secara kebetulan lokasi persinggahan kami ketika itu tidak berapa jauh dengan kawasan pergunungan Salzburg, tempat penggambaran filem berkenaan.

Austria merupakan negara kedua yang dilalui kumpulan Eurovac 2011. Trip jelajah Eropah menaiki kenderaan rekreasi (motorhome) itu adalah yang pertama dianjurkan di negara ini. Dari Austria, pengembaraan 19 orang peserta termasuk lima orang pihak penganjur ketika itu masih berbaki enam buah negara iaitu Liechtenstein, Switzerland, Itali, Perancis, Belgium dan Belanda.

Pengembaraan bermula 
Kabin dalam motorhome yg memuatkan 5-6 orang.
Terdahulu sebelum itu, kepenatan penerbangan selama lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Jerman direhatkan di sebuah hotel tepi sungai di Munich. Hotel berusia 600 tahun itu menjadi satu-satunya penginapan hotel sepanjang trip kerana pada malam berikutnya peserta akan bermalam di tapak perkhemahan.

Kesempatan berada di Munich tidak dilepaskan untuk melawat dataran Marienplatz, bekas tapak perniagaan dari Zaman Pertengahan Inggeris yang dipenuhi sejarah dan seni bina medieval. Munich yang merupakan ibu negeri kepada negeri persekutuan Bavaria di Jerman memperlihatkan kami budaya dan teknologi yang mengagumkan.

Keesokan harinya, penantian para peserta untuk memulakan jelajah berakhir apabila empat buah motorhome yang dipandu oleh pihak penganjur tiba di depan hotel. Kenderaan yang setiap satu mampu memuatkan lima orang penghuni itu bakal menjadi 'hotel bergerak' peserta sepanjang 11 hari jelajah Eropah.Walaupun terpaksa menyesuaikan diri dengan pemanduan sebelah kiri (stereng), perjalanan dari Munich ke Austria berjalan lancar dengan pengguna-pengguna jalan raya yang cukup berhemah.
Membeli-belah barang mentah utk kegunaan trip.
Pemandangan di sekitar Alps pada awal pagi yg sempat dirakam penulis.
Perjalanan kami singgah di tapak perkhemahan Alpencamping, hentian motorhome yang popular berdekatan dengan pekan Nenzing, Austria. Pusat rekreasi di lereng bukit yang dikelilingi hutan pokok pain itu menyajikan kami pemandangan puncak Banjaran Alps yang memutih diselimuti salji. Perkhemahan malam pertama memberi peluang kepada peserta untuk mengenal kemudahan yang disediakan di dalam motorhome seperti tempat tidur, dapur, peti sejuk dan bilik mandi. Penyediaan bekalan elektrik dan air (dari tapak khemah) serta makanan mentah pula diuruskan oleh pemandu setiap motorhome.


Selepas menikmati makan malam di dalam suhu antara di bawah 10  darjah Celsius, kami terlena di dalam keselesaan motorhome masing-masing. Keesokan harinya, keindahan di tapak perkhemahan karavan itu ditinggalkan demi meneruskan perjalanan yang masih jauh. Selepas Austria kami tiba ke negara ketiga iaitu Liechtenstein, antara negara terkecil di dunia yang mempunyai 14 buah kampung. Liechtenstein dengan populasi kira-kira 35,000 penduduk terletak sepenuhnya di jajaran Alps yang dilalui kami sebelum memasuki Switzerland.
Bergambar bersama motorhome di Switzerland!!
Camp site Alpencamping di Austria.

Walaupun tiada persinggahan (bermalam) di Switzerland perjalanan sejauh kira-kira 400 kilometer ke Milan, Itali langsung tidak menjemukan kerana keindahan alam yang menemani kami di kiri kanan jalan. Jika tidak memandang ke puncak Alps, pandangan pasti terpukau pada istana-istana lama yang dibina tergantung di puncak bukit. Ketibaan di Itali disedari apabila salah seorang pemandu memberi penerangan mengenai Campione d'Italia iaitu sebuah penempatan di tepi Tasik Lugano. Kawasan persempadanan yang berada di depan mata ketika itu menandakan kami sudahpun meninggalkan Switzerland dengan penuh ketakjuban pada keindahan alamnya.
Di tengah-tengah kota Milan, Itali
Milan sebagai kota fesyen penuh elegan menawarkan peluang kepada peserta untuk membeli-belah dan melawat tempat-tempat bersejarah. Salah satu daripada tarikan terbesar di kota itu adalah dataran Piazza del Duomo di mana terletaknya gereja gotik terbesar di dunia. Seni bina setinggi 45 meter yang kini menjadi pusat kota Milan itu mengambil masa selama enam abad untuk disiapkan (dibina pada 1380).

Bersebelahan dengannya adalah Galleria Vittorio Emanuele. Bangunan yang dinamakan sempena raja Itali pertama, menempatkan kedai-kedai dan restoran terawal di Milan. Bangunan berkubah kaca itu kini menjadi 'bilik pameran' jenama-jenama berprestij seperti Prada, Gucci, Louis Vuitton dan Massimo Dutti.

Perhentian kami seterusnya adalah Paris, Perancis, destinasi kemuncak bagi setiap keluarga yang mengikuti Eurovac 2011. Di tengah-tengah dataran hijau Champ de Mars, semua terpegun melihat Menara Eiffel yang diidam-idamkan. Kesempatan berada di bawah struktur tertinggi di Paris itu tidak dilepaskan untuk mendapatkan cenderahati dan merakam gambar kenang-kenangan.

Selepas menatap sepuas-puasnya keajaiban dunia itu, kami menuju ke sebelah timur kota Perancis untuk menyelongkar dunia penuh fantasi di Disneyland Paris. Keseronokan selama setengah hari di taman tema itu membuatkan segala kepenatan yang dirasai lenyap sekelip mata. Hari ketujuh menjadi hari paling mencabar bagi peserta Eurovac 2011. Dari Paris, perjalanan ke Calais sejauh lebih 800 kilometer menuju ke pengkalan feri SeaFrance untuk menyeberang ke Dover.
Peluang melawat Disneyland Paris
Namun, penat lelah kami memandu dari awal pagi musnah apabila kebenaran untuk memasuki England dinafikan Imigresen British atas sebab yang tidak dijelaskan meskipun kumpulan memiliki dokumen perjalanan yang lengkap. Pengembaraan Eurovac 2011 akhirnya akur kepada peraturan ketat yang dikenakan. Perjalanan kemudian menuju ke Amsterdam, Belanda. Tempoh memandu selama lebih 15 jam pada hari berkenaan turut menjadi kenangan yang tidak dilupakan penulis sebagai salah seorang pemandu motorhome.

Kekecewaan terubat sebaik kami tiba di Camping Het Rietveen, tapak perkhemahan yang terletak di pinggir bandar Amsterdam. Kawasan  pinggir tasik yang dihuni itik-itik liar yang bebas berterbangan terus melenyapkan kegusaran di hati. Kesempatan berada di kota Belanda tidak melepaskan oleh peserta untuk menaiki bot pesiaran melalui terusan yang menjadi nadi kota yang terkenal dengan industri perdagangan kapal sejak sekian lama.
Bunga tulip di Keukenhof Garden
Hadiah terakhir yang menjadi pelengkap Eurovac 2011 adalah kunjungan ke Keukenhof iaitu taman bunga terbesar di dunia (seluas 32 hektar) di wilayah selatan Belanda. Apatah lagi kunjungan pada musim bunga adalah waktu terbaik untuk melihat kelopak-kelopak tulip yang berkembang mekar.

Selain susunan tulip pelbagai warna, peserta juga tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan kenangan di depan kincir, ikon paling popular negara Belanda. Maklumat lanjut mengenai trip boleh diperolehi daripada wakil EuroVac 2011 Addy 019-2677301
Penulis a.k.a Motorhome driver.


Sales & Marketing Person at TRS Media Sdn Bhd : still available!!

BINA KERJAYA ANDA BERSAMA KAMI

TRS MEDIA menawarkan peluang untuk membina kerjaya anda bersama kami.  Jadilah sebahagian dari keluarga di TRS Media Sdn Bhd.



1. LATIHAN DAN PENDEDAHAN

a.              Latihan asas akan disediakan selama 3 hari.  Selama latihan berjalan, makanan tengahari akan disediakan.  Di dalam latihan ini, anda diberi pendedahan berkaitan Pengetahuan Produk, Senarai Pelanggan Sedia Ada, Teknik Pemasaran, Kapasiti Syarikat, Masa Depan Anda bersama kami dan bimbingan motivasi.
b.              Sesi latihan ini akan berlangsung 1 hingga 3 Disember 2011, bermula 10 pagi dan berakhir pada 4 petang.

2. TEMPOH PERCUBAAN

a.              Anda akan menjalani tempoh percubaan selama 3 bulan bermula pada 1 Disember 2012 dan berakhir pada 29 Febuari 2013.
b.              Selepas tempoh itu, syarikat akan membuat analisis prestasi bagi menilai kemampuan dan pencapaian anda
c.              Anda akan menerima Gaji Asas minima bermula dari RM1,200 (Satu Ribu Dua Ratus Sahaja). Walaupun anda tidak mencapai sasaran jualan, anda tetap dibayar dengan nilai minima.  Ini kerana syarikat mengambilkira proses pembelajaran yang anda sedang lalui sepanjang tempoh ini.

3. GAJI ASAS, KOMISYEN JUALAN, TUNTUTAN (CLAIM) DAN ELAUN

a.              Rujuk Jadual 1

Nilai Jualan
Gaji Asas
Komisyen Jualan
Tuntutan
Kurang dari RM7,000
RM1,200.00
Tiada
Lump-Sum
(mengikut keperluan dan kelulusan pengurusan)
RM 7,000-RM10,000
RM1,200.00
5%
RM10,001-RM50,000
RM1,500.00
5%
RM50,001-RM100,000
RM2,000.00
5%
RM100,001-RM150,000
RM2,500.00
5%
RM150,001-RM200,000
RM2,500.00
5%
RM200,001-RM300,000
RM2,500.00
5.5%
RM300,001-RM400,000
RM2,500.00
6%
RM 400,001-RM500,000
RM2,500.00
6.5%
RM500,000 ke atas
RM2,500.00
7%

b.              Gaji asas adalah bergantung kepada nilai jualan yang dibuat oleh anda pada bulan tersebut.  Gaji asas minima tetap sama iaitu sebanyak RM1,200 sebulan.  Anda berpotensi untuk mendapatkan gaji asas sebanyak RM2,500 sebulan.
c.              Anda hanya layak menerima komisyen jualan jika jualan anda melebihi RM7,000 sebulan. 
d.              Jika nilai jualan anda kurang dari RM7,000, anda hanya akan menerima gaji asas sahaja.
e.              Komisyen jualan hanya akan dikira setelah syarikat mendapat bayaran penuh dari pelanggan
f.           Tuntutan (claim) adalah secara “Lump Sum”.  Anda diminta menyediakan laporan tuntutan pada setiap minggu dan diserahkan kepada Bahagian Akaun beserta resit bayaran.

4. PELUANG ANDA DI TRS MEDIA SDN BHD

a.              Syarikat memberi peluang dan cabaran kepada anda untuk meningkatkan prestasi peribadi anda melalui jualan yang dibuat.
b.              Anda berpeluang menjadi Pengurus Pemasaran di syarikat ini dengan syarat-syarat yang telah syarikat gariskan.
c.              Dengan menjadi Pengurus Pemasaran, anda layak untuk mendapat “Overriding” sebanyak 1% daripada kakitangan di bawah selian anda.  Syarat untuk anda layak menjadi Pengurus Pemasaran adalah seperti berikut :
·       Jumlah jualan RM 600,000 dalam tempoh 6 bulan bermula dari 1 Disember 2011
·       Mempunyai kredibiliti dan disiplin kerja yang baik
·       Mempunyai minima 5 orang kakitangan (Pegawai Pemasaran) di bawah seliaan anda
·       Memastikan jualan kumpulan purata RM250,000 sebulan
d.              Pada waktu itu, gaji asas minimum anda juga akan dinaikkan kepada satu jumlah yang difikirkan sesuai dan anda masih berpeluang mendapat komisyen bagi jualan peribadi seperti di dalam Jadual 1.
e.              Jika anda mencapai purata sasaran yang diletakkan untuk jualan kumpulan selama 24 bulan, anda berpeluang menjadi salah seorang daripada Pengarah Syarikat di TRS Media Sdn Bhd.
f.               Syarikat berbesar hati menganugerahkan sebuah outlet baru yang akan dikenalpasti pada masa akan datang
g.              Anda akan mengendalikan sendiri outlet tersebut bersama kumpulan yang telah anda bina selama 24 bulan.
h.              Sebelum anda menerima penawaran untuk mempunyai outlet anda sendiri, anda haruslah membina kumpulan pemasaran yang baru.


SALAM KEJAYAAN DAN SELAMAT DATANG KE KELUARGA
THE RED STUDIO

NOTA : PELUANG INI MASIH TERBUKA KEPADA MEREKA YANG BERMINAT.  SILA HUBUNGI 0123272920 DAN LAYARI www.theredstudio.com.my