"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Tuesday 8 March 2011

Failure 3 - Hari Raya Promotion @ PKNS Bangi

Kesilapan yang paling besar dalam bisnes adalah TAMAK!...Tepat ada pepatah ngatekan "org tamak selalu rugi"..tamak ni kalau kena ngan gayanya kita leh jadi kaya..tapi bila tamak xtentu arah, dia akan membunuh ape yang selama ni kita dah bina..Bila kita mula bisness sebenarnya kita akan ghairah..ghairah dgn setiap benda yang lalu.Lebih ghairah daripada tgk awek industan kat TV tu..kita rasa semua benda kita nak buat..

Gua pun tak terkecuali..banyak bisness gua yang failed..tapi pengalaman dan pengajarannya xternilai..terlalu mahal..xdpt dibeli. Gua pernah cuba nak meniaga barang2 hiasan rumah..cadar bunga2 dan lain-lain..masa tu semua benda gua rase nak buat..siap ada cita-cita nak bukak kedai..gua pun joinlah satu expo kat PKNS bangi..Semua modal gua tabur kat situ sebab promotion tu sempena hari raya.Ingat boleh meletop, last2 bungkus..habis duit RM10k..itulah duit yang gua kumpul untuk persediaan gua nak dapat baby..Bila bungkus gua dah duduk termenung..arrgghhh banyak tu RM10k..byk benda boleh settle..tapi apa nak buat..kita hanya merancang..Tuhan penentu segalanya..xsemua yang kita rancang menjadi..kerana rancangan dan ketentuaan dariNya lah yang amat abadi..

Macamana lah wa bole jual menda2 gini

So failed satu bisness..dalam wallet tinggal RM3.00..fuhhh....Tapi hanya satu aje yang gua boleh banggakan, dalam setiap ape yg gua buat..gua akan buat bersungguh-sungguh..cuma rezeki xmenyebelahi gua..Raya tahun tu mmg betul2 gua xhepi...dgn kereta 3 bulan tak bayar..tidak berotax..dan ada RM350 sahaja..tapi gua masih mampu tersenyum..sebab kereta gua berkilat..gua baru basuh petang tadi..Dalam kesusahan gua,gua xlupa kat mak ayah gua..adalah buah tangan yang tak seberapa..tapi semua tu gua amik dari barang2 yang gua jual sendiri..isshhhh apa la gua nih..tapi xpe gua tetap hengsem pada hari raya pertama..

Kereta gua yang berkilat tetapi xsedar diri sebab roadtax xde.

 

No comments:

Post a Comment