"sometimes there is NO next time, NO second chance, NO time out.... sometimes....it's NOW or NEVER...."

Tuesday 26 April 2011

Eurovac Day 1 - Munich, Germany

Yesssss this is brilliant project!!! 

8.30 am : Tiba di Munich, Germany. Alhamdulillah semua peserta dan pihak pengurusan melepasi imigresen yang agak cerewet di Amsterdam, Holland.  Mereka hendak memastikan kami bukan seperti warganegara bangladesh yang bersepah di Malaysia.  Transit sebentar di Amsterdam dan teruskan penerbangan ke Munich dengan pesawat KLM.  Cuaca dagak dingin 5 darjah pada waktu malam dan 10 pada siang hari.  Tiada masalah bahasa yang keterlaluan. Masyarakat disini sangat membantu.

1.00 pm : Check in di Schleuse Hotel yang berusia 600 tahun!!!! betul-betul bersebelahan dengan sebatang sungai.  Ada peninggalan kincir air dari nenek moyang empunya hotel. Sukar mencari makanan halal tetapi ada di sekitar bandar Munich yang dikendali oleh masyarakat Moroco dan Turki.

3.00 pm : Bersiar-siar di Bandar Munich. MARIENPLATZ : Great Architecture!!!! Peninggalan sejarah yang hebat..Melambangkan kehebatan Maha Pencipta.  Esok akan bermula perjalanan dengan motorhome!!









No comments:

Post a Comment